Saturday, October 31, 2009

Renungan

manusia boleh bermain dengan kata-kata namun tidak akan setanding dengan Bahasa Dari-Nya.

Pemimpin Masa Kini


Manusia sukar difahami. Dalam islam pernah dirungkai bahawa Allah tidak akan megubah nasib seseorang melainkan dirinya sendiri. Ironinya jatuh bangun seseorang itu dari diri mereka sendiri. Mereka yang menentukan ke mana hala tuju yang dipilih. Kita juga sedar sesuatu itu berlaku kerana takdir Nya, kadangkala kita juga perlu sedar jika hanya menyerah nasib pada takdir bermakna kita cuba menentang hukum alam.
Parti –parti politik kini berlumba mewujudkan satu perubahan untuk menarik minat penyokong masing-masing. Ini merupakan satu usaha yang baik kerana berusaha kea rah sesuatu yang lebih baik amat digalakkan dalam kehidupan. Tapi kita terlupa apa gunanya mengubah dasar sekiranya diri sendiri tidak mahu berubah. Kita melihat perubahan perlu berlaku dalam politik, perubahan perlu berlaku dalam pentadbiran, perubahan perlu berlaku dalam kehidupan. Sesekali kita terlepas pandang ada individu yang mengiyakan konsep ini tetapi menidakkan tindakkannya.
Kita lihat dalam sektor kepimpinan kecil. Tidak perlu kita mengambil contoh yang terlalu besar, kepimpinan Negara misalnya kerana makin besar contoh yang diambil semakin tersasar perbincangan dan keputusan. Kita lihat kini ramai individu berlumba menjadi pemimpin. Baik dan bersemangat namun tidak semua yang hebat. Ada yang bekerja untuk insan lain dan ada ynag bekerja untuk periuk nasi sendiri. Sehinggakan menuding jari kesemua kesilapan yang berlaku dari orang bawahan sendiri. Sedar atau tidak golongan ini semakin ramai menerajui sesuatu pasukan. Dipilih atas dasar kelayakan atau dasar kawan tidak pula kita ketahui. Dari segi ketrampilan terlihat ketokohan, tetapi jika dilihat dan diuji dari segi perwatakan terlihat segala kekurangan.
Kita sedar manusia tidak lari dari melakukan kesilapan, namun sekiranya kesilapan yang dibuat tidak diambil sebagai satu pengajaran amat merugikan.