

Dulu orang sebut tentang bersatu, bersatu untuk menentang penjajahan. Kini orang sebut perpaduan, perpaduan yang mengeratkan semua lapisan kaum. Dua perkara yang menjurus ke arah kebaikan. Sememangnya hidup kita perlu berubah dari yang buruk kepada yang baik. Bak kata pepatah buang yang keruh ambil yang jernih. Namun masih ada yang leka dan lupa kadang-kala terambil yang keruh dan dibuang yang jernih. Teringat kata Tun Dr Mahathir, Melayu mudah lupa.

Pada awalnya terasa terhina bila mengatakan melayu mudah lupa, teruk sangat orang melayu, buruk sangat pandangan pada orang melayu, tapi bila mengenangkan semula betul juga pendapat Tun. Mudah-mudahan murid-murid kita tidak hilang dan lupa jati dirinya. Ingatlah anak-anak, perjalanan kita di dunia kerana Dia. Allah yang maha esa.
No comments:
Post a Comment