Episod 3
“Mir kau tunggu aku tau, jangan lari”. Mat ni, kalau tak mintak tolong dengan aku tak boleh ke. Aku dah mula risau, keadaan agak sunyi, kalau kena tangkap sah-sah aku kena tindakan disiplin. “Mat, jangan lama sangat Mat, aku bukanya berani buat kerja gila ni”. Akhirnya aku menemani Mat ke blok pelajar perempuan. Mat mula menelefon Fatimah dan ingin berjumpa di pintu belakang blok perempuan. Keadaan di situ agak terlindung dari pandangan orang ramai. Akhirnya aku bersua muka dengan Fatimah. Matanya sembab, mungkin terlalu banyak air mata yang mengalir tadi. Betul kata mak aku, perempuan dengan air mata tidak dapat dipisahkan. Kasihan aku lihat Fatimah, aku rasa tentu besar masalah yang menimpanya. Ah, biarlah Mat yang urus, aku tolong teman dia ke blok perempuan ni pun dah kira bagus. “Mat, aku tunggu kau kat pokok ni, kau pergilah jumpa Fatimah”. Bisik ku perlahan kepada Mat. Mat menganggukkan kepala tanda faham. Aku rasa mat ni buat-buat faham, dalam kepala otak dia mesti tengah memikirkan tentang Fatimah. Tapi, siapa Fatimah ni, kawan dia atau teman wanita dia.
Aku rasa mesti teman wanita dia. Kalau tak, takkan dia sanggup meredah ke blok perempuan tengah-tengah malam buta ni. Sampai hati kau Mat tak cerita kat aku yang kau dah ada teman wanita. Nanti kau.... Aku memandang Mat dari jauh, Sesekali aku melihat Fatimah mengesat-ngesat matanya. “Menangis lagi budak ni”. Getus hatiku. Apa cerita sebenarnya ni, tak sabar rasanya aku nak tanya Mat. Orang lelaki ni kadang-kadang suka juga jaga tepi kain orang. Bukan apa, ambil berat tentang keadaan sekeliling. “Woi! Siapa bawah pokok tu”. Sudah, aku macam kenal suara tu, suara Pak mail, “Mat, line tak clear, lari cepat”.

Dengan pantas aku memekik pada Mat. Lintang-pukang kami berlari menyelamatkan diri. Fatimah, aku lihat dia terus masuk ke dalam blok perempuan. Mudah-mudahan tak ada siapa yang kena tangkap. Kalau tak, dengan aku sekali sangkut nanti. Sampai saja di bilik, tercungap-cungap aku dibuatnya. Mat punya pasal la ni. Dah la pagi esok kena pergi kuliah. Mat yang dalam keadaan penat, merebahkan punggungnya ke katil. Mukanya berubah seperti orang dalam kesedihan. “Lain benar aku lihat Mat ni, biasanya dia lah orang yang paling ceria kat kampus ni. Sebut saja nama Mat Sentul, pasti ramai yang tersenyum kerana terkenangkan gelagatnya. Tapi malam ni Mat Nampak lain, apa yang Fatimah ceritakan pada Mat tadi.” Getus hati kecil ku. “Mat, apa yang Fatimah ceritakan pada kau”. Aku cuba memulakan bicara. Mat semakin menundukkan diri. Risau aku tengok Mat ni, jangan tiba-tiba dia mengamuk sudah. Tak sanggup aku nak menanggung beban kali kedua. “ Tak pa la Mat, kalau kau tak nak ceritakan pada aku, mungkin esok lusa bila kau dah tenang aku sedia mendengar” Aku menyambung kata-kata untuk meredakan hati Mat. Perlahan-lahan Mat memandang ke arah ku. Dia sudah mula mahu berkongsi cerita. “Mir, Fatimah......dia,.....dia.....”. Dia apa? Ish! Mat ni, aku geram bila orang cakap tersekat-sekat. Menambahkan gundah-gulana hati aku yang dah sedia tak tenteram sejak tadi. “ Dia apa Mat?”. ............... (bersambung)
No comments:
Post a Comment