"Assalamualaikum"...satu suara menyapa aku dari belakang. "Waalaikumussalam", jawabku sambil memandang ke arah suara itu. Rupanya rakan sekuliah ku Hambali. Dalam kuliah, namanya lebih dikenali sebagai Mat Sentul. Kenapa, mengapa diberikan nama tu, semua orang tak tahu. Apa yang penting memang nama itu dipilih sendiri olehnya semasa minggu orientasi dahulu. "Kenapa Mat, tergesa-gesa kau cari aku". "Fatimah...Fatimah......." tak pernah aku mendengar nama itu. Mat ni kadangkala tak boleh diikut sangat cakap dia. Pernah satu ketika aku dimalukan, sebab dia kata dekan nak jumapa aku. Tapi bila aku pergi rupanya dekan tidak tahu menahu tentang perkara itu. Nak sahaja aku pukul Mat, tapi memandangkan dia kawan baik aku, aku terima sahaja. Mudah-mudahan Allah akan membalasnya.
"Fatimah mana ni Mat, aku tak kenal pun". "Memang kau tak kenal, tu yang aku nak bagi tahu kau ni" sambung Mat dengan nada tercungap-cungap. "Ha, kenapa dengan dia?". Aku cuba bertanya untuk mendapatkan kepastian dengan lebih jelas. Mat ni kena tanya dengan betul. Aku tak nak peristiwa dengan dekan berulang semula. Mat menyambung kata-katanya.. "Fatimah kawan baik aku, dia telefon aku sambil menangis. Bila aku tanya dia tak jawab, sudahnya dia letak telefon". "Apa kena mengena dia menangis dengan aku. Aku bukan abang dia jauh sekali sedara-mara dia". Aku dah mula merasakan sesuatu. Mat ni kalau muka dia berpeluh maknanya betul apa yang dia ceritakan. Dulu masa cerita pasal dekan muka dia selamba je, aku yang tak berapa pandai mentafsir situasi ketika itu. Sebab tu aku kena tipu. Tapi sejak aku mengenali rakan ku yang telah kembali kapadaNya, aku pelajari banyak perkara. Dia mengajar aku mengenali mana yang intan dan permata. Masih aku teringat ketika pertama kali aku bertemu dengan dia. Peristiwa ketika itu berlaku di sebuah kedai buku. Ketika itu.........
"Amir, woi Amir...... kau dengar tak apa aku cakap ni". Aduh...sakit rasanya bahu aku ditampar sesuatu. Mat ni, tak boleh tengok aku berangan. Tangan dia la yang selalu menyentap lamunan aku. "Dengar lah. Kau cakap apa tadi". Aku cuba buat-buat faham dengan apa yang diperkatakan oleh Mat. "Kau kata kau dengar. Pas tu kau tanya apa aku cakap tadi. Kau ni selalu berangan la". Aku pulak yang kena marah. Si Mat ni memang suka membebel. tapi aku suka. Sekurang-kurangnya dapat melepaskan rindu kat leteran mak aku di rumah. "Mir, tolong aku. Risaulah aku tengok keadaan Fatimah. Mana tahu ada perkara buruk berlaku kat dia". " Kau nak aku tolong macam mana?". Aku cuba mendapatkan kepastian. "Kita jumpa dia kat blok perempuan sekarang. Tolong la Amir". Aku rasa macam aku pulak nak sepak muka Mat ni. Dah pukul 2 pagi dia ajak aku pergi blok perempuan. Kalau kena tangkap, tak malu aku satu kampus. "Mat kau biar betul, ni kerja berat ni, kalau Pak Mail tangkap kita macam mana". Dengan muka kerut seribu Mat cuba memujuk aku. "Amir, tolong la, kau je kawan yang aku percaya. Tolong la Mir. Aku janji aku akan tunaikan apa saja permintaan kau lepas ni".
Manusia suka sangat berjanji. Bila dah dapat, kenal kita pun tidak. Macam mana aku nak buat dengan Mat ni. Nak ikut atau tak. Mat..........geramnya aku. (bersambung)
No comments:
Post a Comment