Guru itu macam-macam, Pengajarannya juga pelbagai ragam,
Ada baik, garang mahupun yang sedang-sedang,
Namun semuanya hanyalah satu,
Guru.
Guru itu macam-macam,
Pegangan, pendirian disisip keilmuan,
Namun semuanya hanyalah satu,
Guru.
Guru itu macam-macam,
Tolak kanan, tolak kiri,
Namun di situ tetap berdiri,
Dan sememangnya hanyalah satu,
Guru.
Guru itu macam-macam
Dipuji, dikata, mahupun dicuba,
Namun semuanya hanyalah satu,
Guru.
Guru itu macam-macam
Walaupun bermacam-macam,
Niatnya hanyalah satu,
Kasihnya seperti ayah dan ibu,
Anak-anak menjadi insan yang jitu,
Anak-anak menjadi insan yang direstu,
Anak-anak menjadi insan yang berarah tuju............
Anak-anak menjadi insan yang berarah tuju............
No comments:
Post a Comment