Seringkali kita lihat kini gejala sosial kian melanda negara dengan kadar yang agak membimbangkan. Kes lari dari rumah, seks bawah umur, pembuangan bayi dan banyak lagi penyakit sosial sering kali dipaparkan dan didebatkan. Banyak idea dan pandangan keluar bagaikan cendawan tumbuh dalam usaha untuk membantu mengatasi masalah ini. Namun kini gejala sosial tetap berlaku dan dilihat seperti tiada jalan penyelesaian. Mungkin kita lupa kadangkala segala cadangan yang dikeluarkan lebih bertunjangkan kepada teori-teori barat yang berkiblatkan logik akal semata-mata. Tanpa kita sedari kita lari dari apa yang diturunkan kepada kita untuk diikuti dan dihayati. Al-Quran dan Sunnah telah jelas memberikan gambaran apa yang perlu kita lakukan untuk menjadi seorang umat yang berjaya. Cuma peliknya sukar sekali untuk kita mengambil langkah berteraskan dua kitab ini. Di lihat kepercayaan kepada agama semakin hambar dan ada pula yang memisahkan agama dengan kehidupan seharian. Mungkin inilah yang menjadi sebab mengapa kita sukar mencari jawapan yang akhirnya tidak berkesudahan. Kembalilah kepada agama kita semula, islam dengan islamnya, hindu dengan hindunya, buddha dengan buddhanya dan kristian dengan agama kristiannya. Mudah-mudahan kita semua menjadi rakyat Malaysia yang lebih tebal integritinya............ berpaksilah seperti bulu ayam yang mengekalkan warnanya walaupun dikelilingi pelbagai kekotoran.
Tak Sedar Jumpa Hantu
-
Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka
terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.
Hati mereka be...
7 years ago
No comments:
Post a Comment