
Banyak aktiviti yang diisi dalam program pasca PMR bagi tahun ini.

Salah satunya aktiviti membuat dan menaikkan layang-layang. Seronok..... terasa seperti kembali pada zaman kanak-kanak dahulu. Bila difikir dan direnungkan dengan layang-layang yang hanya dibuat dari surat khabar dan lidi penyapu, mampu mewujudkan satu semangat kerjasama dalam kalangan murid. Benda yang kita anggap murah dan mudah tetapi memberikan kesan yang amat mahal. Malah ada di antara mereka yang tidak berputus asa dan sanggup berlari ke hujung padang

mengejar layang-layang yang terputus benangnya. Alangkah hebat dan manisnya jika semangat ini dapat dizahirkan dalam P&P murid. Sudah tentu kita dapat melahirkan modal insan yang terbaik. Cerita ini hampir menyamai dengan kisah yang terkandung dalam "Sulalatus Salatin" yang memberikan gambaran bagaimana orang melayu hanya menggunakan sayur kangkung untuk melihat Maharaja China.

Walaupun hanya dengan sayur yang dianggap murah namun mampu memberikan tamparan hebat dalam kisah silam ketika itu. Jelasnya, kita kadangkala terlupa benda atau perkara yang dianggap kecil mampu memberikan kesan yang lebih mendalam.
No comments:
Post a Comment