Monday, November 2, 2009

Perjalanan Yang Panjang


Sebelum cuti sekolah bermula terasa masih lama lagi berada di tempat kerja. Mungkin ada yang kata guru mudah mengeluh, merungut walaupun cutinya sepanjang tahun. Hanya tinggal lagi 3 minggu dah berasa panas punggung. Guru sekarang tiada ketahanan diri. Mungkin itu pandangan yang sering dilontarkan kepada profesion perguruan. Bukan soal itu yang ingin dibincangkan. Mana-mana pekerjaan sememangnya akan ada pasang surutnya. Kadangkala suka mahupun berduka. Guru berdepan dengan kerenah manusia yang pelbagai. Sepanjang tahun, setiap hari, setiap masa dan setiap saat. Sememangnya guru itu umpama lilin, namun kita terlupa apinya terpadam kerana tiupan angin yang kencang. Bukan ingin menyalahkan orang lain tetapi itulah rencah kehidupan manusia, kita tidak sempurna. Setiap langkah yang disusun pasti ada canggungnya, setiap baju yang dipakai pasti terpalit kotornya. Mudah-mudahan pengalaman pada tahun ini akan menjadikan kita lebih dewasa untuk bertemu hari esok bagi mencorak hidup pada hari lusa dan menjadi panduan untuk hari yang seterusnya. Demi anak bangsa, tugas perlu diteruskan....

No comments:

Post a Comment