Dia.......dia.......ajak aku kahwin lari”. Tersentap aku dengan kata-kata Mat. Rasa seperti degupan jantung berhenti berdenyut. Aku menarik nafas panjang. Ini kes besar.
“Mat, kau cuba cerita kat aku sepenuhnya. Bila kau cakap macam ni aku rasa lain macamlah”. Aku cuba menenangkan Mat untuk mendapatkan kepastian dengan lebih lanjut. “Betul Mir, aku tak tipu. Dia ajak aku kahwin lari. Fatimah kata, ayah dia nak kahwinkan dia dengan saudara dia cuti semester ni”. “Sabar Mat, sabar”. Aku cuba menenangkan Mat yang semakin gelisah. Tapi aku pelik, kenapa ayah Fatimah nak kahwinkan anak dia. Budak tu belum habis belajar lagi. Hutang PTPTN pun belum lagi mula nak bayar. Apa masalah keluarga Fatimah ni. Tiba-tiba setitik demi setitik air jatuh di atas tilam aku. Pelik, bila pulak hujan, tadi masa dekat luar cuaca cerah. Lagipun sepanjang aku kat bilik ni tak pernah lagi ada aduan kes kebocoran. Puas aku mencari punca air tersebut, rupa-rupanya Mat, lelaki yang selama ini hidupnya selamba, menitiskan air mata kat bilik aku. Aku rasa aku kena tambah pesanan mak aku, lelaki pun tak boleh terlepas dari menitiskan air mata. Syahdunya.......
Malam itu Mat menceritakan semua perkara tentang Fatimah. Barulah aku tau bahawa Mat sudah lama mengenali Fatimah. Dia saja tak nak kongsi cerita dengan aku. Dia kata malu nak cerita hal-hal percintaan dengan aku. Tak pa la Mat aku tak kisah pun. Dah nasib kau Mat, jumpa gadis yang ada masalah keluarga. Tapi aku rasa Mat orang yang beruntung sebab berhadapan dengan masalah yang perlu diselesaikan. Teringat aku dengan pesan arwah kawan ku. Dia kata “kalau melihat seseorang itu menghadapi masalah dan perlu menyelesaikannya, orang itu amat beruntung. Itu ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana ketulusan hati seseorang”. Ayat itu terdengar-dengar di corong-corong telinga ku. Alangkah bagus kalau arwah masih hidup. Dapat aku meminta nasihatnya....... (bersambung)

No comments:
Post a Comment